Monday 14 January 2013

Sedikit cerita.

Assalamualaikum w.b.t . kaifa halukum ? ana ? alhamdulillah ana bikhair aidhon. Hal antum ma haza  ..... err aku dah lupa. Hahaha. Seriesly lupa. Tak apa ahh itu urusan aku. Gambar atas ni hiasan sahaja. Mungkin. Jadi hari ni aku nak cakap sikit mengenai orang yang suka memandang serong terhadap diri orang lain. Cuba cakap dengan aku siapa je tak kutuk orang ? Setiap orang ada tanggapan masing-2 kan. Let it be. 
Tapi cuba kita tengok cermin. Kita nampak muka kita kacak dan comel ni try cakap Alhamdulillah. Cuba cuba. Alhamdulillah. Bagus anak muda. Satu pesanan aku just jangan judge diorang yang kutuk kita. Sabar, chill, watlek watpis. Act setiap kawan kena paham perangai setiap kawan. Itu kawan sejati. Pernah tak orang cakap atau terdengar ada sesiapa cakap yang dia tak suka dekat seseorang sebab luaran dia ? Perempuan ni free hair or keluar malam or merokok or kejam or mulut macam tuttttt (islamik kena sensor) . Lelaki pula kejam or nakal or perangai kalah binatang or merokok or tak tutup aurat. Haih luaran semata.
Saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian, pernah dengar mengenai cerita seorang tua yahudi yang buta dan miskin. Setiap hari Nabi Muhammad S.A.W datang ke rumah beliau dan menyuap roti ke mulutnya dengan penuh kasih sayang. Tetapi ketika baginda menyuapkan roti tersebut si tua buta yahudi sempat mengutuk dan memaki Rasulullah. Tetapi baginda tidak membalas kerana si tua tak nampak siapa yang bagi roti tersebut. Setelah Nabi Muhammad wafat, saidina Umar (kalau tak silap) telah menggantikan tempat baginda memberi roti kepada si tua yahudi tersebut. Tetapi cara pemberian saidina Umar lain daripada Rasulullah kerana cara saidina Umar sedikit kasar. Si tua yahudi bertanya "di mana orang yang sebelum ini yang memberi makan kepadaku ?" Saidina Umar menjawab "orang yang telah kau hina itulah orang yang memberi kau makan. Orang itulah Nabi Muhammad." Lalu si tua itu insaf lalu mengucap.
Kesimpulannya bila kita tahu hati seseorang baru kita perlu menilai dia. Mungkin dia tak berubah sekarang. Mungkin dia berubah akhir-2 nanti. Masa itu dia insaf "haih aku dulu banyak buat salah dekat cikgu Zahrul" itu contoh. Tiada kena mengena dengan yang mati. Yang hidup pun .... tidak. Astaghfirullah aku kutuk. Cuma contoh. Mana tahu yang free hair sudah bertudung, bertudung pula sudah melabuhkan tudungnya. Merokok sudah tidak merokok. Dulu kaki disko sekarang kaki masjid. At least dia berubah slow-2. Its a cycle. Macam cikgu kan dia pening kepala dengan perangai kita. Bila kita nak berubah ni. Cikgu perlu tahu kambing pun tak berubah drastik. Hari ni makan rumput, esok makan Carl's Jr. Tak boleh begitu. Itu contoh. Aku tak suruh berubah terus macam tu. Orang baca blog aku hari ni, esok dia terus tidur masjid. Susah macam tu. Ada bagus la. Perubahan paling senang : bersifat kebudak-budakan ke arah kematangan

Rasa itu je kot. Insya Allah. Tetapi satu pesanan aku. Jangan samakan dunia blog dengan dunia twitter. Assalamualaikum.
p/s : tahniah jika anda baca habis. Maaf jika lagu tak sesuai.